Pages

Saturday, 27 May 2017

Penulis yang Disayang Tuhan

  


                                
TAJUK:  PENULIS YANG DISAYANG TUHAN
HARGA: RM18.50
PENULIS: BAHRUDDIN BEKRI                  
TAHUN TERBIT: 2011
HALAMAN : 356                                          
 PENERBIT: PTS LITERA UTAMA

TEMA:
SEORANG PENULIS YANG BERPUTUS ASA KERANA NOVELNYA DIKRITIK DENGAN PEDAS

PERSOALAN:
MENGAPA SESEORANG ITU HARUS MENJADI BEGITU

Cerita ini bermula dengan kisah seorang pemuda bernama Usamah,yang mencari kerja dan bercita-cita mengelilingi dunia. Dia hanya ada sijil STPM. Akhirnya dia berhenti mencari kerja dan ingin menjadi penulis sepenuh masa setelah penerbitan novel pertamanya, sangat laris dan dia menjadi kaya. Namun, novel kedua dan ketiganya tidak laku sehingga syarikatnya muflis dan hartanya yang tinggal hanyalah motor yang sempat dibelinya secara tunai semasa dia kaya untuk dirinya. Semasa kaya itu juga, dia membelikan ibunya rantai emas dan banglo, serta computer riba untuk adik-beradiknya sehingga dia terpaksa berhutang dengan bank. Namun, setelah miskin dia hanya tinggal di rumah setinggan dan mempunyai tiga kad kredit.

Novel pertamanya sangat laku sehingga dia menjadi kaya. Namun, novel Usamah yang kedua dan ketiga telah dikritik oleh seorang pengkritik novel yang sangat pedas iaitu Abu Penapi. Oleh sebab itu, Usamah sangat benci dan dendam terhadap Abu Penapi yang sudah menghancurkan kariernya.

Di kawasan perumahan setinggan yang sangat daif itu, jiran-jirannya semuanya adalah pendatang Indonesia. Dalam kalangan jirannya yang berlapan, hanya seorang sahaja yang mempunyai passport dan permit yang sah, iaitu Ahamad Rani. Oleh itu, Ahamad Rani menjadi ketua mereka. Tujuh orang yang lain pula adalah Adinda Aisyah, Pak Damano,John Stalone, Suparno,Salleh, Ratna dan Milan Indriani.

Mereka walaubagaimanapun dikehendaki membayar yuran perlindungan oleh orang yang bertanggunjawab membawa mereka ke Malaysia secara haram iaitu Suharjo. Akibat yuran yang dikenakan Suahrjo diganda duakan daripada RM50 menjadi RM100, mereka merancang untuk meminta perlindungan daripada Usamah yang disalah sangka oleh mereka sebagai polis akibat fikiran merepek Ahamad Rani.

Pelbagai rancangan yang Ahamad Rani rancang hasil daripada sumbangan idea rakan—rakannya iaitu menjadikan Ratna dan Salleh sebagai abang dan kakak angkat Usamah, menjadikan diri mereka semua kawan baik Usamah, serta menjadikan Adinda Aisyah sebagai kekasih Usamah. Semua rancangan ini adalah untuk mendapat simpati Usamah agar tidak menangkap mereka malah membantu mereka menghadapi Suharto.

Pada masa yang sama, Usamah juga mempunyai masalah yang tersendiri iaitu masalah yang memasalahkan kebanyakan umat manusia iaitu duit. Dia mencari kerja dan akhirnya menjadi guru penulis kepada anak seorang kaya yang dikenali sebagai pakcik Zul. Dia mangajar Aliya Nurul Iman dan adiknya Borhanuddin dengan bayaran RM100 setiap kelas. Pakcik Zul itu diperkenalkan oleh Kamri.

Oleh kerana Usamah ada pengetahuan dalam bidang penulisan, dia mampu mengajar Aliya Nurul Iman dengan baik meskipun dia sendiri pun sudah tidak cenderung kepada bidang penulisan. Pada masa yang sama, dia diminta oleh Kamri untuk berjumpa pakciknya Johari Salim untuk mencari kerja. Namun walaubagaimanapun, Johari Salim tidaklah memberinya kerja malah memberinya proses. Kamri juga ada memberitahu Usamah bahawa setiap orang akan diberi proses dan proses dia dan Usamah adalah berlainan.

Dalam hal ini, Usamah dikehendaki berjumpa dengan lima orang namun dia hanya diberi empat alamat. Alamat yang kelima akan diberi oleh Johari Salim setelah keempat-empat orang itu ditemui dan orang yang kelima itu akan mengulas segala-galanya tentang kisah keempat-empat orang itu.

Pada masa yang sama, ditempat tinggalnya dikawasan rumah setinggannya, dia akhirnya mendapat tiga orang murid yang mahu belajar penulisan dengannya disamping dia sendiri belajar banyak pekara dengan muridnya termasuk falsafah-falsafah yang sukar.

Setelah selesai berjumpa dengan keempat-empat orang itu, Usamah dimarahi dengan Johari Salim kerana banyak bertanya sedangkan dia sebenarnya hanya dibenarkan betanya satu soalan sahaja iaitu”mangapa kamu buat apa yang kamu buat sekarang”, namun dia dimaafkan.

Rupa-rupanya orang kelima yang perlu dia jumpa adalah Abu Penapi iaitu pengkritiknya dahulu dan dia sangat bencikan Abu Penapi. Namun, setelah bersedia dia meminta alamat Abu Penapi dari Johari Salim dan Johari Salim tidak memberinya kerana rupa-rupanya Johari Salim itu sendiri Abu Penapi. Akhirnya, Usamah tahu bahawa sebenarnya syarikatnya dulu bukan muflis namun rupanya mereka memfailkan syaikat muflis kerana hasil jualan novel Usamah sangat laku sehingga mereka tidak mahu bayar royalti yang banyak kepada Usamah dan hanya mengaut keuntungan untuk mereka sendiri sahaja.

Usamah hanya mampu terkejut dan akhirnya dia belajar daripada Johari Salim bahawa novelnya dahulu dikritik kerana tidak berlandaskan agama tetapi hanya hiburan dan fantasi yang mampu membawa kerosakan akhlak. Johari Salim rupanya menjadi Abu penapi kerana dia mehu berdakwah kepada penulis dan keempat-empat orang proses itu adalah orang yang telah didakwahnya dan telah mengejar akhirat bukan dunia sahaja.

Selain itu, Aliya Nurul Iman sakit dan meminta Usamah menulis novel tentangnya agar menjadi hikmah kepada pembaca. Selain itu, hakikat bahawa Usamah sebenarnya bukan polis juga terbongkar.

Akhir cerita, Usamah akhirnya kembali ke bidang penulisan dan berkerja dengan Johari Salim dan cita-citanya untuk mengelilingi dunia tercapai. Pendatang Indonesia itu semuanya telah masuk Malaysia secara sah dan mereka semuanya berkerja di kilang kari dan adinda Aisyah akhirnya benar-benar jatuh hati pada Usamah.


Komen:

Kesimpulannya, cerita ini bergerak dengan bagus. Jalan cerita terus dan meluncur laju tanpa ada bahagian yang lewah dan bosan. Perjalanan cerita tidak tersekat-sekat dan hanya terus pada fokus utama. Dalam keraguan antagonis mencari jawapan persoalan yang sangat menghantui dirinya, sempat lagi penulis membawa pembaca santai dan berhibur dengan watak-watak pendatang haram. Maka, pembaca tidak bosan dengan babak Usamah dalam prosesnya.

Selain itu, penulis juga sangat bijak dan berbakat kerana banyak menyelitkan persoalan, falsafah, hadis dan ayat alQuran dalam ceritanya. Isu utama juga sangat unik iaitu tujuan sebenar bagi seorang penulis Islam menulis iaitu untuk ke jalan Allah dan bukan seperti barat yanga hanya fokus pada logik dan fantasi tanpa ada akidah.

Kesimpulannya juga, novel ini sangat wajar dibaca kerana seperti biasa Bahruddin Bekri sangat suka bermain dengan kata-kata dan memutar belitkan kata-kata serta menimbulkan persoalan selepas pesoalan dan begitu juga seterusnya. Jadi, dia bukan sahaja menulis cerita yang bergerak laju terus seperti air tejun tapi turut menyebabkan pembaca memikirkan isu yang terbit sepanjang cerita ini begerak. Di samping itu juga, perumpamaan yang digunakan dalam novel ini juga sangat menarik dan itulah yang menjadikan encik Bahruddin Bekri mempunyai daya penarik terhadap hasil tangannya. Stail encik Bahruddin Bekri sangat unik dan novel ini saya kategorikan juga dalam novel ilmu. :D

No comments: