Pages

Saturday, 27 May 2017

Rumus di hatinya



Rumus di Hatinya
Yoko Ogawa diterjemah Normalis Amzah
210 muka surat
ITBM, 2014

Buku ini adalah terjemahan daripada penulsan Yoko Ogawa; Hakase No Aishita Sushiki. Oleh itu, terdapat beberapa beberapa kekeliruan seperti 2 Februari yang pada mulanya ditulis sebagai 202, dan seterusnya ditulis sebagai 220, kerana perbezaan format tarikh yang digunakan oleh negara Jepun dan Malaysia.

Teknik penceritaan agak hebat kerana penulis tidak menggunakan kronologi, malah latar masa dapat digunakan dengan imbas kembali. Bagi setting pula, kata-kata penulis jelas dapat membayangkan suasana sekeliling, seperti cuaca, pakaian, udara dan keadaan didalam bilik Professor.

Bagi plot pula, cerita bermula apabila seorang pembantu rumah yang muda mendapat majikan seorang Professor yang mempunyai ingatan selama 80 minit dan beberapa puluh tahun lepas, serta sudah tua. Dia dikehendaki menjaga Professor. Seterusnya, dia ada membawa bersama anaknya ke rumah Professor. Cerita kemudian berksisar tentang persahabatan Professor dan anak pembantu rumah yang digelar Root, dan akhirnya bagaimana minat pembantu rumah dan Root semakin berkembang dalam bidang matematik, kerana Professor setiap hari hanya bersyarah tentang matematik.

Cerita ini sangat unik kerana mempunyai beberapa maklumat yang menarik kepada pembaca tentang keindahan dan keajaiban nombor dan matematik, walaupun dikatakan bahawa manusia bukan mencipta, namun hanya menemui beberapa catatan daripada buku nota tuhan, walaupun ia dikatakan penemuan yang menakjubkan, tetapi dikatakan sebagai penemuan yang tidak berfaedah; kerana tidak ada beza terhadap kehidupan manusia dengan penemuan tersebut. Keindahan matematik tidak memudahkan kehidupan manusia, namun hanyalah sekadar bukti tentang kewujudan tuhan yang menciptakan matematik.


Kesimpulannya, nilai persahabatan, kasih sayang dan usaha yang diekspresikan melalui watak-watak dalam novel ini ternyata dapat disampaikan dengan baik dan merupakan novel yang berbaloi untuk anda habiskan masa untuk membacanya.

Jika anda ingin membaca review yang lebih baik, klik RUMUS DI HATINYA

No comments: