Socrates: Pengenalan Ringkas
C.C.W Taylor
ITBM 2015
Buku ini mengambil rujukan beberapa buah buku yang lain, yang ada menceritakan tentang Socrates. Dikatakan bahawa condition Socrates adalah sama seperti Jesus, mereka tidak pernah menulis namun pengikut merekalah yang menulis karya-karya yang mewakili mereka. Memandangkan Socrates tidak ada menghasilkan buku, watak dan falsafahnya hanyalah dapat dikenali sepenuhnya melalui muridnya iaitu Plato dan Xenophon. Sebab itu, ada beberapa perselisihan perwatakan yang di-describe oleh penulis berkenaan..
Terdapat juga perwatakan yang begitu bercanggah ditulis oleh Plato serta pementasan yang dilakonkan mengenai Socrates. Ada yang menyatakan dia soerang yang miskin dan kotor, sehingga tidak sesuai dengan imejnya seorang sufi, dan sederhana.
Namun kerana buku ini merupakan terjemahan Bahasa Inggeris, terdapat beberapa istilah yang agak sukar difahami serta penggunaan kosa kata yang jarang ditemui malah penyusunan ayat yang agak berbeza daripada biasa menyebabkan agak sukar untuk benar-benar memahami dan mencerap bait-bait ayat dalam buku ini. Sememangnya, kesabaran dan fokus yang tinggi sangat diperlukan bagi membaca kebanyakan buku terjemahan.

No comments:
Post a Comment