Boneka Rusia Guido
Wan Nor Azriq
130 muka surat
ITBM, 2014
130 muka surat
ITBM, 2014
PART 1:
Buku ini adalah buku yang agak unik dan aneh kerana hanya ada satu perenggan sahaja sepanjang buku. Ia agak menyukarkan saya untuk berhenti membaca; maka saya tidak ada pilihan melainkan meneruskan pembacaan saya sampai habis.
Buku ini mempunyai beberapa watak mudah iaitu Chairil, Tuan Megat Guido, Encik Megat Guido, Puan Sharifah Zalaikha, penjual aiskrim dan kembarnya serta Roslan, Anwar dan beberapa watak minor yang lain. Namun, sukar sekali untuk saya jelaskan kenapa dan mengapa adanya beberapa watak yang sepertinya tidak ada kena mengena dengan kes Tuan Megat Guido itu. Sebab itulah saya tidak begitu nampak apakah tujuan cerita ini sebenarnya.
Pada tekaan saya, penulis menulis buku ini dengan one-shot sahaja. Iaitu, sekali tulis terus siap. Dan tanpa sebarang draf cerita. Kerana penulisannya agak berterabur bermain tukar-tukar latar. Dan masalahnya adalah ia saling tidak ada kena mengena. Selain itu, ada juga latar belakang yang silap seperti Chairil yang pada babak sebelumnya berada di Bali dan katanya tak akan kembali ke Malaysia, namun setelah tersedar; mereka sedang memandu ke Kuala Lumpur.
Mungkin sekali jika penulis ada menulis draf sebelum menulis buku ini; saya kira ia pasti draf yang sangat berselingkuh kerana pada saat saya menghabiskan pembacaan saya; saya rasa begitu kosong dan mempunyai satu persoalan yang saya wujudkan sebelum saya membaca buku ini iaitu “apakah yang akan aku dapat setelah membaca buku ini?”. Dan jawapan saya adalah “Nothing”.
Secara jujur saya agak berminat dengan penulis kerana dia mempunyai beberapa falsafah yang bagi saya ia agak wajar untuk dibaca dan diserap menjadi falsafah saya juga; kerana sekiranya penulis tidak bertujuan untuk mempengaruhi hidup pembaca- mengapa dia menulis?
Namun meskipun saya suka falsasah-falsafah yang dibawa – tetapi ini tidak dapat menidakkan satu fakta yang sangat penting iaitu bahawasanya – saya tidak begitu memahami cerita ini dan apakah motifnya?
Jika anda membaca buku ini, pasti anda rasa buku ini seperti berhantu kerana ia sangat pelik misalnya tentang dua orang nurse yang bercakaran sehingga kulit rakannya tercabut dan dia sangat tenang meski diperlaku begitu – ya barangkali anda ingin katakan bahawa senario ini adalah sebuah metafora namun bagi saya ia adalah adegan yang aneh. Sama juga dengan pemandu teksi burung yang tersesat dan juga beberapa watak aneh seperti Tunku Abdul Rahman dan juga banyak lagi watak dan babak yang ganas dan liar.
Keseluruhannya; jika anda bersedia membaca sebuah buku yang mempunyai persoalan di pengakhiran cerita – maka silakan!
PART 2:
Sepanjang membaca buku ini, oleh kerana latar belakang cerita ini diceritakan dengan jelas – saya dapat membayangkan adengan jelas adegan-adegan yang berlaku. Saya merasakan semuanya berjalan dengan laju dan bagaikan satu momentum deras atau bola getah yang dibaling – kembali – baling – kembali. Begitulah perasaan saya. Semuanya wujud dan terhapus dengan laju; dan saya dapat menelan keseraman cerita dengan baik.
eMii_
150117 0119PM

No comments:
Post a Comment