Pages

Saturday, 27 May 2017

History of God



History of God
Karen Armstrong
460 pages

Buku ni aku habis baca 31 January 2017. Tapi aku beli sekitar March 2016. Haha, just a useless info.

Maka, memang struggle sangat nak habiskan buku ni dalam Januari 2017. Sebabnya aku join group Galeri Pakdo dan rasa bersemangat nak bersaing jumlah page bacaan yang banyak. Walaupun akhirnya aku dapat sekitar 1524 page sahaja tak silap aku, tapi aku gembira sebab aku dapat habiskan 7 buah buku pada Januari. Dan Februari ni tak start lagi, dan aku perlu habiskan 7 buah buku juga dan semuanya tebal-tebal. Hahahahha.

So, this book is written by Karen Armstrong. I might not know her very well, but as far as I read this book and read a few summary of the other of her books- it sound promising and I might buy them.

This “The History of God” book tells about the history of human perception towards God. It developed through time as how human decipher God. And along the journey, the human also find out a few different reasons to worship God.

Human might at first wants God, and worship him as He gave much of the help to humanity. They ask for fertility of the lands – and it was happened. And the God satisfy human wants and wills.

Sehingga pada satu tahap, lama-lama apabila manusia dah ada teknologi, yaaa. Mereka boleh berdikari dan tak perlukan tuhan. Mereka rasa mereka tak ada sebab untuk worship tuhan.

Tapi buku ni ada juga explain Tuhan pada zaman Greek, dan kemudian bagaimana ia pada zaman Abraham, Moses, Jacob dan kemudian Jesus dan Nabi Muhammad. Dan bagaimana masing-masing mengaku mereka sembah “One God” yang telah menciptakan manusia.

Juga tentang god yang dah dipinggirkan, dan kemudian manusia mencarinya. Manusia menyerunya, tapi dia tetap tak muncul. Dan manusia mengukir patung – untuk menjadi perantaraan antara mereka. Mereka ingin nampak Tuhan – mereka ingin sesuatu yang fizikal.

Pada pendapat Buddha pula (jap, Buddha ke)…. Manusia semuanya menyembah tuhan yang sama – cumanya cara mereka approach adalah berbeza-beza. (Hehe. Ni aku tak setuju. This was like pluralism – and of course kalau semua agama sembah Tuhan yang sama, why konsep God nya lain. Dan bilangan tuhan juga lain. Kita tahu trinity tak sama dengan Allah yang AHAD. Juga tak sama dengan konsep semua benda adalah Brahman, demi mencapai atman?).

Kemudian buku ni ada jelaskan bagaimana idea tentang Tuhan itu berubah pada zaman Jesus dan selepas kematiannya – bagaimana konsep trinity itu wujud dan ada yang menyangkalnya- dan menghasilkan mazhab katholic dan protestan dan sebagainya. Sebab buku ni aku dah simpan, so masa aku type ni aku tak dapat nak rujuk balik untuk info yang lebih detail. Dan Armstrong sendiri ada menyatakan tentang bagaimana Jesus yang prophet ni boleh diiktiraf sebagai Tuhan sedangkan dia sendiri tidak pernah menyatakannya sepanjang kehidupannya. Dan aku mendoakan Armstrong yang merupakan penuntut Kristian – atau mungkin bekas? – akan menemui kebenaran.

Then ia juga mencceritakan tentang Tuhan orang Jew- YHWH iaitu Tuhan yang tidak bernama. Sepertimana orang Islam dilarang meng-imej-kan fizikal Allah, mereka pula dilarang memberikan nama kepada Tuhan mereka. Dan YHWH yang merupakan huruf Hebrew yang tak dapat diterjemah kepada Roman pula kemudian dibaca sebagai Yehweh (pronounce: Yahoo). Hoho. Dan kemudian konsep terhadap tuhan berubah – dan akhirnya ada lah mazhab sesat iaitu Kabbalah. Dan juga penduduk yang menunggu kedatangan Zion pula digelar –Zionist.

Banyak lagi isi menarik seperti jika Hindu ada sacred language iaitu sanskrit, Islam bahasanya Arabic, dan Kitab Talmud pula berbahasa Hebrew- namun kitab Bible tidak ada sacred language , atau bahasa suci yang menyebabkan kitab itu menjadi bernilai dengan bahasanya sendiri.

Jika anda rasa review ini menarik, anda digalakkan membaca buku ini. Tetapi saya sendiri ada part yang saya baca sambil lewa misalnya tentang agama Yahudi sebab terlampau mengarut lagi-lagi berkenaan konsep Kabbalah tu. Shekinah dan sebagainya.

Aha. Tapi chapter tentang Islam saya sukakannya – kerana saya dapat beberapa input menarik dan juga lebih teratur history tentang Islam. Kaitan berlakunya kejatuhan Caliphate dan kemudian wujud Syii/Syiite, Muktazilah, Qadariah, Sufism dan juga Sikhism. Fufu~

Buku setebal 460 muka surat  dengan banyak Istilah dan perkataan grandiloquent adalah mencabar pembaca biasa-biasa seperti saya.

Hehe.
Miina

070217 1235PM

Penulis yang Disayang Tuhan

  


                                
TAJUK:  PENULIS YANG DISAYANG TUHAN
HARGA: RM18.50
PENULIS: BAHRUDDIN BEKRI                  
TAHUN TERBIT: 2011
HALAMAN : 356                                          
 PENERBIT: PTS LITERA UTAMA

TEMA:
SEORANG PENULIS YANG BERPUTUS ASA KERANA NOVELNYA DIKRITIK DENGAN PEDAS

PERSOALAN:
MENGAPA SESEORANG ITU HARUS MENJADI BEGITU

Cerita ini bermula dengan kisah seorang pemuda bernama Usamah,yang mencari kerja dan bercita-cita mengelilingi dunia. Dia hanya ada sijil STPM. Akhirnya dia berhenti mencari kerja dan ingin menjadi penulis sepenuh masa setelah penerbitan novel pertamanya, sangat laris dan dia menjadi kaya. Namun, novel kedua dan ketiganya tidak laku sehingga syarikatnya muflis dan hartanya yang tinggal hanyalah motor yang sempat dibelinya secara tunai semasa dia kaya untuk dirinya. Semasa kaya itu juga, dia membelikan ibunya rantai emas dan banglo, serta computer riba untuk adik-beradiknya sehingga dia terpaksa berhutang dengan bank. Namun, setelah miskin dia hanya tinggal di rumah setinggan dan mempunyai tiga kad kredit.

Novel pertamanya sangat laku sehingga dia menjadi kaya. Namun, novel Usamah yang kedua dan ketiga telah dikritik oleh seorang pengkritik novel yang sangat pedas iaitu Abu Penapi. Oleh sebab itu, Usamah sangat benci dan dendam terhadap Abu Penapi yang sudah menghancurkan kariernya.

Di kawasan perumahan setinggan yang sangat daif itu, jiran-jirannya semuanya adalah pendatang Indonesia. Dalam kalangan jirannya yang berlapan, hanya seorang sahaja yang mempunyai passport dan permit yang sah, iaitu Ahamad Rani. Oleh itu, Ahamad Rani menjadi ketua mereka. Tujuh orang yang lain pula adalah Adinda Aisyah, Pak Damano,John Stalone, Suparno,Salleh, Ratna dan Milan Indriani.

Mereka walaubagaimanapun dikehendaki membayar yuran perlindungan oleh orang yang bertanggunjawab membawa mereka ke Malaysia secara haram iaitu Suharjo. Akibat yuran yang dikenakan Suahrjo diganda duakan daripada RM50 menjadi RM100, mereka merancang untuk meminta perlindungan daripada Usamah yang disalah sangka oleh mereka sebagai polis akibat fikiran merepek Ahamad Rani.

Pelbagai rancangan yang Ahamad Rani rancang hasil daripada sumbangan idea rakan—rakannya iaitu menjadikan Ratna dan Salleh sebagai abang dan kakak angkat Usamah, menjadikan diri mereka semua kawan baik Usamah, serta menjadikan Adinda Aisyah sebagai kekasih Usamah. Semua rancangan ini adalah untuk mendapat simpati Usamah agar tidak menangkap mereka malah membantu mereka menghadapi Suharto.

Pada masa yang sama, Usamah juga mempunyai masalah yang tersendiri iaitu masalah yang memasalahkan kebanyakan umat manusia iaitu duit. Dia mencari kerja dan akhirnya menjadi guru penulis kepada anak seorang kaya yang dikenali sebagai pakcik Zul. Dia mangajar Aliya Nurul Iman dan adiknya Borhanuddin dengan bayaran RM100 setiap kelas. Pakcik Zul itu diperkenalkan oleh Kamri.

Oleh kerana Usamah ada pengetahuan dalam bidang penulisan, dia mampu mengajar Aliya Nurul Iman dengan baik meskipun dia sendiri pun sudah tidak cenderung kepada bidang penulisan. Pada masa yang sama, dia diminta oleh Kamri untuk berjumpa pakciknya Johari Salim untuk mencari kerja. Namun walaubagaimanapun, Johari Salim tidaklah memberinya kerja malah memberinya proses. Kamri juga ada memberitahu Usamah bahawa setiap orang akan diberi proses dan proses dia dan Usamah adalah berlainan.

Dalam hal ini, Usamah dikehendaki berjumpa dengan lima orang namun dia hanya diberi empat alamat. Alamat yang kelima akan diberi oleh Johari Salim setelah keempat-empat orang itu ditemui dan orang yang kelima itu akan mengulas segala-galanya tentang kisah keempat-empat orang itu.

Pada masa yang sama, ditempat tinggalnya dikawasan rumah setinggannya, dia akhirnya mendapat tiga orang murid yang mahu belajar penulisan dengannya disamping dia sendiri belajar banyak pekara dengan muridnya termasuk falsafah-falsafah yang sukar.

Setelah selesai berjumpa dengan keempat-empat orang itu, Usamah dimarahi dengan Johari Salim kerana banyak bertanya sedangkan dia sebenarnya hanya dibenarkan betanya satu soalan sahaja iaitu”mangapa kamu buat apa yang kamu buat sekarang”, namun dia dimaafkan.

Rupa-rupanya orang kelima yang perlu dia jumpa adalah Abu Penapi iaitu pengkritiknya dahulu dan dia sangat bencikan Abu Penapi. Namun, setelah bersedia dia meminta alamat Abu Penapi dari Johari Salim dan Johari Salim tidak memberinya kerana rupa-rupanya Johari Salim itu sendiri Abu Penapi. Akhirnya, Usamah tahu bahawa sebenarnya syarikatnya dulu bukan muflis namun rupanya mereka memfailkan syaikat muflis kerana hasil jualan novel Usamah sangat laku sehingga mereka tidak mahu bayar royalti yang banyak kepada Usamah dan hanya mengaut keuntungan untuk mereka sendiri sahaja.

Usamah hanya mampu terkejut dan akhirnya dia belajar daripada Johari Salim bahawa novelnya dahulu dikritik kerana tidak berlandaskan agama tetapi hanya hiburan dan fantasi yang mampu membawa kerosakan akhlak. Johari Salim rupanya menjadi Abu penapi kerana dia mehu berdakwah kepada penulis dan keempat-empat orang proses itu adalah orang yang telah didakwahnya dan telah mengejar akhirat bukan dunia sahaja.

Selain itu, Aliya Nurul Iman sakit dan meminta Usamah menulis novel tentangnya agar menjadi hikmah kepada pembaca. Selain itu, hakikat bahawa Usamah sebenarnya bukan polis juga terbongkar.

Akhir cerita, Usamah akhirnya kembali ke bidang penulisan dan berkerja dengan Johari Salim dan cita-citanya untuk mengelilingi dunia tercapai. Pendatang Indonesia itu semuanya telah masuk Malaysia secara sah dan mereka semuanya berkerja di kilang kari dan adinda Aisyah akhirnya benar-benar jatuh hati pada Usamah.


Komen:

Kesimpulannya, cerita ini bergerak dengan bagus. Jalan cerita terus dan meluncur laju tanpa ada bahagian yang lewah dan bosan. Perjalanan cerita tidak tersekat-sekat dan hanya terus pada fokus utama. Dalam keraguan antagonis mencari jawapan persoalan yang sangat menghantui dirinya, sempat lagi penulis membawa pembaca santai dan berhibur dengan watak-watak pendatang haram. Maka, pembaca tidak bosan dengan babak Usamah dalam prosesnya.

Selain itu, penulis juga sangat bijak dan berbakat kerana banyak menyelitkan persoalan, falsafah, hadis dan ayat alQuran dalam ceritanya. Isu utama juga sangat unik iaitu tujuan sebenar bagi seorang penulis Islam menulis iaitu untuk ke jalan Allah dan bukan seperti barat yanga hanya fokus pada logik dan fantasi tanpa ada akidah.

Kesimpulannya juga, novel ini sangat wajar dibaca kerana seperti biasa Bahruddin Bekri sangat suka bermain dengan kata-kata dan memutar belitkan kata-kata serta menimbulkan persoalan selepas pesoalan dan begitu juga seterusnya. Jadi, dia bukan sahaja menulis cerita yang bergerak laju terus seperti air tejun tapi turut menyebabkan pembaca memikirkan isu yang terbit sepanjang cerita ini begerak. Di samping itu juga, perumpamaan yang digunakan dalam novel ini juga sangat menarik dan itulah yang menjadikan encik Bahruddin Bekri mempunyai daya penarik terhadap hasil tangannya. Stail encik Bahruddin Bekri sangat unik dan novel ini saya kategorikan juga dalam novel ilmu. :D

The Logic of Life



The Logic of Life
Tim Harford


Chapter 1 Introducing The Logic Of life

The economics of sex, crime and Minnie Mouse


“Rational people respond to incentives: When it becomes more costly to do something, they will tend to do less; when it becomes easier, cheaper, or more beneficial, they will tend to do more.

In weighing up their choices, they will bear in mind the overall constraints upon them: not just the costs and benefits of a specific choice, but their total budget.

And they also will consider the future consequences of present  choices.

The controversy only comes only when people realize that economists are not restricting their brand of analysis to straightforward financial transactions, such as buying cars. Cost is not just about money.-The cost of sex includes the risk of Aids and the risk of unwanted pregnancy; of cost rises, you’ll tend to choose a safer kind of sex.
(Same goes to future cost of addiction to cigarettes-just as much as your loan repayment-future consequences.)

Homo economicus lies behind many criticisms of economists and rational choice theory, 
I need to set out how this crude caricature differs from what I mean when I talk about people being rational.

First, I do not suggest that people are wholly self-interested or obsessed with money. People are motivated by all kinds of normal human emotions- a fear of Aids or parental disapproval, romantic love or racial hatred. These motivation are not financial, and not always selfish-but our response to them are rational.

Second, I do not argue that we have consciously calculating mind. We do make complex calculations of cost and benefits when we act rationally, but we often do it unconsciously, just as when someone throws a ball for us to catch, we aren’t conscious of our brain solving differential equations to work out where it’s going to land.

Third, I do not argue we are blessed with omniscience or perfect self-control. Homo economicus never regrets ordering dessert- he has infallibly weighed the fleeting gustatory pleasure against the likely effect on his girth. In reality, there are a clear limits to our ability to calculate, think ahead and see our way through certain cognitive traps. There are also limits to our willpower- we make resolutions and then we break them.-we are often too quick to label  behavior as irrational.

Fourth, I do not deny that humans, unlike our infallible friend Homo economicus, have irrational quirks and foibles.- it is incredible to find evidence that sexual orientation responds to incentives.

People make different choice depending on how the choices are framed.

Imagine that the US is preparing for the outbreak of an unusual Asian disease, which is expected to kill 600 people. Two alternatives programs to combat the disease have been proposed. 

Assume that the exact scientific estimate of the consequences of the programs are as follows:

To one group, these choices are offered:

If program A is adopted, 200 people will be saved.
If program B is adopted, there is 1/3 probability that 600 people will be saved, 
and 2/3 probability that no people will be saved.

Which of the two programs would you favor?

To second group, these choices are offered:

If program C is adopted 400 people will die.
If program D is adopted there is 1/3 probability that nobody will die, 
and 2/3 probability that 600 people will die.

Which of the two programs would you favor?

The choice between A and B is exactly the same as the choice between C and D. 
That is not hard to see once the two choices are laid out side by side. Yet which programme the subjects chose depended on how it was described. Most subjects preferred to save one-third of people for certain (Programme A) ,rather than taking the gamble to save everyone (Programme B).

But change the framing and the choice changed, too; most subjects would accept a two-thirds risk of killing everyone (Programme D) rather than be certain that two-third of victims would die (Programme C). 

This preference reversal is clearly irrational, because nothing about the costs and benefits of the two treatments changed,but people’s choice did. –the subjects have made inconsistent choice

Minnie Mouse

People suddenly value objects more highly simply because they own them. They won’t trade even when logic suggests they should. Economists call this “endowment effect”

You have a nice bottle, that have been growing in value-say that 40 pounds,-even though you have no interest for buying it for 40 pounds, -you just unwilling to sell that for that price.

This isn’t a rational behavior, because rationally you either prefer the bottle or you prefer the money, but not both.

Chapter two Las Vegas

Reverse bluff: acting weak when you’re strong.

You shouldn’t decide without considering his response, and he should not react to your bet without figuring out what strategy you have.

Chapter Four Why Your Boss is Overpaid


Publisher want to offer contracts that pay authors more money when they sells  more books partly because it encourages authors to write good books and energetically promote them. Performance pay encourages performance.


Workers  get the same salary even when they works harder or leisure. Workers was supposed to be lept in line by peer pressure; if they installed a faulty windscreen then another worker from the same repair shop- one who know very well who had done the bad piece of work-would had to fix his colleagues mistake.This thought to have a more effective than a direct financial incentive to get things right for the first time.

Workers were rational. If you paid them more to install more windscreens, they would install more windscreens. And if you made them work without pay to fix their own shoddy workmanship, they would take care not to make mistakes.

Whether or not people work harder if surrounded by productive colleagues.
The answer is yes: When a quick worker sits next to you, you immediately start scanning your items more quickly. And you do because you don't want to be accused slacking, rather than because you are inspired by their speed.

Checkout staff do not speed up when they are looking at fast colleague-that would not be rational. They only speed up when fast  colleagues are looking at them.

Boss-gives incentive to –the best workers-by turning workplace to a tournament-he doesn’t specify what he means by an excellent performance.

They will work  out two ways to win the game: 
either do a great job or make sure your colleagues do a Instead, there is a limited fund for bonuses: the better you look relative to your colleagues, the less they  will get and the more you will get.
bad one.

Tournaments motivate workers very well indeed; unfortunately, they motivate backstabbing as well as dedication.-so what you need to do is work out whether each worker’s efforts to improve his performance will outweigh his efforts to drag down everyone else.
The more luck is involved in work, the larger the pay gaps need to be between the winners and the losers if the tournament is to motivate everyone.

So, workplace tournament encourage workers to sabotage one another and to demand higher bonuses if success is largely a matter of luck

Rumus di hatinya



Rumus di Hatinya
Yoko Ogawa diterjemah Normalis Amzah
210 muka surat
ITBM, 2014

Buku ini adalah terjemahan daripada penulsan Yoko Ogawa; Hakase No Aishita Sushiki. Oleh itu, terdapat beberapa beberapa kekeliruan seperti 2 Februari yang pada mulanya ditulis sebagai 202, dan seterusnya ditulis sebagai 220, kerana perbezaan format tarikh yang digunakan oleh negara Jepun dan Malaysia.

Teknik penceritaan agak hebat kerana penulis tidak menggunakan kronologi, malah latar masa dapat digunakan dengan imbas kembali. Bagi setting pula, kata-kata penulis jelas dapat membayangkan suasana sekeliling, seperti cuaca, pakaian, udara dan keadaan didalam bilik Professor.

Bagi plot pula, cerita bermula apabila seorang pembantu rumah yang muda mendapat majikan seorang Professor yang mempunyai ingatan selama 80 minit dan beberapa puluh tahun lepas, serta sudah tua. Dia dikehendaki menjaga Professor. Seterusnya, dia ada membawa bersama anaknya ke rumah Professor. Cerita kemudian berksisar tentang persahabatan Professor dan anak pembantu rumah yang digelar Root, dan akhirnya bagaimana minat pembantu rumah dan Root semakin berkembang dalam bidang matematik, kerana Professor setiap hari hanya bersyarah tentang matematik.

Cerita ini sangat unik kerana mempunyai beberapa maklumat yang menarik kepada pembaca tentang keindahan dan keajaiban nombor dan matematik, walaupun dikatakan bahawa manusia bukan mencipta, namun hanya menemui beberapa catatan daripada buku nota tuhan, walaupun ia dikatakan penemuan yang menakjubkan, tetapi dikatakan sebagai penemuan yang tidak berfaedah; kerana tidak ada beza terhadap kehidupan manusia dengan penemuan tersebut. Keindahan matematik tidak memudahkan kehidupan manusia, namun hanyalah sekadar bukti tentang kewujudan tuhan yang menciptakan matematik.


Kesimpulannya, nilai persahabatan, kasih sayang dan usaha yang diekspresikan melalui watak-watak dalam novel ini ternyata dapat disampaikan dengan baik dan merupakan novel yang berbaloi untuk anda habiskan masa untuk membacanya.

Jika anda ingin membaca review yang lebih baik, klik RUMUS DI HATINYA

Socrates: Pengenalan Ringkas


Socrates: Pengenalan Ringkas
C.C.W Taylor
ITBM 2015

Buku ini mengambil rujukan beberapa buah buku yang lain, yang ada menceritakan tentang Socrates. Dikatakan bahawa condition Socrates adalah sama seperti Jesus, mereka tidak pernah menulis namun pengikut merekalah yang menulis karya-karya yang mewakili mereka. Memandangkan Socrates tidak ada menghasilkan buku, watak dan falsafahnya hanyalah dapat dikenali sepenuhnya melalui muridnya iaitu Plato dan Xenophon. Sebab itu, ada beberapa perselisihan perwatakan yang di-describe oleh penulis berkenaan..

Terdapat juga perwatakan yang begitu bercanggah ditulis oleh Plato serta pementasan yang dilakonkan mengenai Socrates. Ada yang menyatakan dia soerang yang miskin dan kotor, sehingga tidak sesuai dengan imejnya seorang sufi, dan sederhana.

Buku ini juga banyak mengulas hasil karya ahli greek yang lain tentang falsafah dan tentang Socrates. 

Namun kerana buku ini merupakan terjemahan Bahasa Inggeris, terdapat beberapa istilah yang agak sukar difahami serta penggunaan kosa kata yang jarang ditemui malah penyusunan ayat yang agak berbeza daripada biasa menyebabkan agak sukar untuk benar-benar memahami dan mencerap bait-bait ayat dalam buku ini. Sememangnya, kesabaran dan fokus yang tinggi sangat diperlukan bagi membaca kebanyakan buku terjemahan.

Boneka Rusia Guido


Boneka Rusia Guido

Wan Nor Azriq
130 muka surat
ITBM, 2014

PART 1:
Buku ini adalah buku yang agak unik dan aneh kerana hanya ada satu perenggan sahaja sepanjang buku. Ia agak menyukarkan saya untuk berhenti membaca; maka saya tidak ada pilihan melainkan meneruskan pembacaan saya sampai habis. 

Buku ini mempunyai beberapa watak mudah iaitu Chairil, Tuan Megat Guido, Encik Megat Guido, Puan Sharifah Zalaikha, penjual aiskrim dan kembarnya serta Roslan, Anwar dan beberapa watak minor yang lain. Namun, sukar sekali untuk saya jelaskan kenapa dan mengapa adanya beberapa watak yang sepertinya tidak ada kena mengena dengan kes Tuan Megat Guido itu. Sebab itulah saya tidak begitu nampak apakah tujuan cerita ini sebenarnya.

Pada tekaan saya, penulis menulis buku ini dengan one-shot sahaja. Iaitu, sekali tulis terus siap. Dan tanpa sebarang draf cerita. Kerana penulisannya agak berterabur bermain tukar-tukar latar. Dan masalahnya adalah ia saling tidak ada kena mengena. Selain itu, ada juga latar belakang yang silap seperti Chairil yang pada babak sebelumnya berada di Bali dan katanya tak akan kembali ke Malaysia, namun setelah tersedar; mereka sedang memandu ke Kuala Lumpur.

Mungkin sekali jika penulis ada menulis draf sebelum menulis buku ini; saya kira ia pasti draf yang sangat berselingkuh kerana pada saat saya menghabiskan pembacaan saya; saya rasa begitu kosong dan mempunyai satu persoalan yang saya wujudkan sebelum saya membaca buku ini iaitu “apakah yang akan aku dapat setelah membaca buku ini?”. Dan jawapan saya adalah “Nothing”.

Secara jujur saya agak berminat dengan penulis kerana dia mempunyai beberapa falsafah yang bagi saya ia agak wajar untuk dibaca dan diserap menjadi falsafah saya juga; kerana sekiranya penulis tidak bertujuan untuk mempengaruhi hidup pembaca- mengapa dia menulis?

Namun meskipun saya suka falsasah-falsafah yang dibawa – tetapi ini tidak dapat menidakkan satu fakta yang sangat penting iaitu bahawasanya – saya tidak begitu memahami cerita ini dan apakah motifnya?

Jika anda membaca buku ini, pasti anda rasa buku ini seperti berhantu kerana ia sangat pelik misalnya tentang dua orang nurse yang bercakaran sehingga kulit rakannya tercabut dan dia sangat tenang meski diperlaku begitu – ya barangkali anda ingin katakan  bahawa senario ini adalah sebuah metafora namun bagi saya ia adalah adegan yang aneh. Sama juga dengan pemandu teksi burung yang tersesat dan juga beberapa watak aneh seperti Tunku Abdul Rahman dan juga banyak lagi watak dan babak yang ganas dan liar.

Keseluruhannya; jika anda bersedia membaca sebuah buku yang mempunyai persoalan di pengakhiran cerita – maka silakan!

PART 2:

Sepanjang membaca buku ini, oleh kerana latar belakang cerita ini diceritakan dengan jelas – saya dapat membayangkan adengan jelas adegan-adegan yang berlaku. Saya merasakan semuanya berjalan dengan laju dan bagaikan satu momentum deras atau bola getah yang dibaling – kembali – baling – kembali. Begitulah perasaan saya. Semuanya wujud dan terhapus dengan laju; dan saya dapat menelan keseraman cerita dengan baik.


eMii_
150117 0119PM 

Marriage and Sexuality in Islam



Al Ghazali
Marriage and Sexuality in Islam
177 pages IBT (Islamic Book Trust, Kuala Lumpur)
RM17.00, Kinokuniya KLCC
Translated by Madelain Farah
Bought: 08th Feb 2017
Finish Read: 14th Feb 2017

At the initial pages of this book, the glossary of the Arabic terms used are listed, which can helps the reader who had an Islamic study background and not, to understand the foreign words which unheard of in order to understand the discussion throughout this book – as some words if being not understood – the sentence will lost its gist.

For the first chapter, this book discussed the advantages and disadvantages of marriage. As for me, as I always ponder about the marriage concept in Islam, this helpme to understand the theory of marriage, men and woman creation and the path which a marriage should be lead. Therefore, I also view not only the bad side effect of marriage.

The second chapter discussed the condition of woman whom to be married and which of to avoid and also the characteristics to which to be evaluated in choosing a partner. It is said that woman have to avoid theirself to do what’s being detest by God. In example, woman whom love to moans and complaining, ask for divorce without just reason, ask the man for a lot of things, burden him, talk bad about him or fixing the face the whole day, easily get angry even during mealtime, and a prattler. I learnt a lot of qualities of which woman should be. At the end of the chapter, this book had given me a mindset to which to be a good woman even at the worst time.

The third or the last chapter discussed the obligation of the husband and wife, and the sexuality or interim relationship which both should and should not do. As for this chapter and also as a woman whom sees sexuality as embarrass act – I just learn the importance of man and woman relationship in marriage and the reality of the responsibility of them in bearing child – and not abort them – or prevent their existence. And as a married couple – it was said that there is a responsibility to them to have descendant to which will be given a great responsibility to lead the world and bear the burden of human responsibility towards God.

Overall – this book really give me a lot of inputs – and at least had gave me a positive view of marriage. And even had change some of my negative thought and answered a few ponderment which had burden my mind throughout my life. If you are a woman whom exercise abstainism and wonder the responsibility of a wife – you should read this book J.

eMii_

140217 0900PM

Teori Kesatuan Kewujudan Jilid 3



Teori Kesatuan Kewujudan Jilid 3 : Hukum Pembelajaran
(The unified Theory of Existence: The laws of learning – volume 3)
By: Muhammad al-Mahdi
Penerbit: ITNM
Page: 305

Buku ini merupakan sebuah buku yang dihasilkan oleh Muhammad al-Mahdi yang pernah mengaku atheist. Melalui pengalaman kerjanya di sebuah jabatan nuklear dan juga pencariannya selama hampir 14 tahun – dia akhirnya menemui Tuhan dan dia menjadi Muslim. Muhammad al-Mahdi mencari kebenaran di serata dunia dan mempelajari pelbagai agama sebelum belajar berkenaan Islam – kerana di Amerika mereka sentiasa menyifatkan Islam sebagai agama yang negatif. Pun begitu – dalam bertarung dengan kanser, beliau telah meninggal dunia pada 2006. (Boleh baca berkenaan beliau di KTA – khalifahfoundation.com), kerana apa yang saya tulis ini tidak terkandung dalam buku – berkenaan bibliografi beliau.

Buku ini menceritakan dalam bentuk dialog – antara Tinny Rainbird yang merupakan seorang budak yang tidak pernah terdedah dengan persekitaran dunia dan juga ahli falsafah. Melalui dialog mereka, Hukum Pembelajaran diceritakan.

Bagi saya – saya sendiri tidak dapat menerangkan apa itu hukum pembelajaran dengan jelas dan anda perlu membaca sendiri karya ini. Ia menceritakan bagaimana sekiranya manusia memahami hukum pembelajaran – mereka akan sedar akan faktor luar yang mempengaruhi tindakan dan kelakuan mereka. Apabila manusia mengetahui dan memahaminya – manusia akan mampu mencapai tekad bebas dan mengawal tindakan, dan inilah yang dikatakan bahawa manusia menghampiri kesempurnaan. (Meskipun telah dinyatakan bahawa manusia tidak mampu mencapai kesempurnaan – tetapi sekurang-kurangnya manusia akan mampu menghampiri kesempurnaan).

Banyak perkara dibincangkan dalam buku ini – terutamanya berkenaan pelaziman yang membentuk tingkah laku manusia. Kemudian juga tentang tindak balas manusia terhadap pelaziman, kemudian juga berkenaan pengukuh primary dan sekunder. Ada juga menceritakan berkenaan mengapa budak merengek secara agresif untuk meminta sesuatu dan juga berkenaan perokok, homoseksual dan keganasan.

Buku ini merupakan buku terjemahan daripada bahasa Inggeris – dan saya boleh katakan bahawa anda perlu terbiasakan diri untuk berada didunia yang selari dengan bahasa yang digunakan. Anda memerlukan pemahaman dan kerajinan untuk benar-benar memahami buku terjemahan.

Secara keseluruhannya – saya percaya buku ini adalah buku yang wajar dibaca. Tetapi sukar sekali saya boleh meyakinkan bahawa kebanyakan orang akan membacanya. Ia hanyalah sebuah buku teori berbanding banyak lagi buku teori – namun bagi saya ia adalah sebuah khazanah kerana buku ini telah menyelamatkan masa saya dengan sangat banyak kerana ia turut menjawab beberapa persoalan yang telah terperangkan didalam sanubari saya.

eMii_
010317 0727AM