Pages

Saturday, 21 October 2017

Politik Kandang (The Animal Farm)

POLITIK KANDANG  (THE ANIMAL FARM)BY 
GEORGE ORWELL
EDISI BAHASA MELAYU
ITBM
150 PAGES 
Pada mulanya aku menyangka buku ini sukar difahami. Namun setelah membaca pada beberapa ketika; ia agak mudah dicerna. Cumanya perlu fokus berimaginasi dan membayangkan setiap watak.Watak-watak buku ini animal belaka. Semuanya haiwan. Dengan nama-nama yang tak menggambarkan apa spesis animal tersebut, maka anda perlu berimaginasi fokus terhadap diri mereka. George Orwell dalam buku ini sangat menekankan personaliti watak-watak beliau. Bayangkan personaliti Benjamin yang kekal dengan prinsip-prinsipnya. Juga Boxer yang sentiasa gigih. Aku sangat kagum dengan penulis yang dapat mencipta consistency dalam perwatakan. Ia tak seperti beberapa watak novel yang biasa dan mudah- mempunyai perwatakan yang sama lebih kurang adakalanya.

Jalan cerita juga agak mudah dan tersusun rapi. Ia tak seperti Wan Nor Azriq yang suka bermain masa. Sama juga dengan Faisal Tehrani yang berpusing-pusing. George Orwell mengatur ceritanya mengikut turutan kerana itulah yang terbaik buat Animal Farm.Disebabkan ini adalah buku terjemahan daripada bahasa Inggeris, bolehlah saya katakan ia adalah buku terjemahan yang cemerlang. Adakalanya saya benci membaca buku terjemahan – kerana sastera Inggeris misalnya mempunyai cara struktur ayat yang berlainan dengan bahasa Melayu. Adakalanya saya sentiasa tak memahami jenaka orang Inggeris.Cerita ini hanyalah cerita ringkas. Semasa membaca buku ini saya sudah pun dapat membayangkan bagaimana cerita ini akan berkahir. Mungkin saya sudah dapat lihat tindak-tanduk Napoleon yang semakin mengingkari 7 undang-undang haiwan tersebut. Namun ia tetap lagi menyelerakan bagaimana cerita ini disampaikan. 

Sinopsis:
Animal Farm adalah cerita tentang haiwan peliharaan kandang yang pada suatu hari; telah mendapat amanat daripada aruah Major sebelum beliau meninggal. Major menjangka bahawa akan ada pemberontakan berlaku setelah beliau mati; tetapi tidak tahu bila. Namun apa yang pasti, semua haiwan perlu lakukan sesuatu yang akan mendorong permberontakan itu berlaku.Tanpa disangka, generasi merekalah yang mampu melakukan pemberontakan tersebut. Tuan empunya kandang itu iaitu Tuan Jones berjaya dihalau! Mereka sangat riang ria. Kemudian mereka menyanyikan Satwa England sebagai lagu kegemilangan. Mulai saat itu, kandang itu mereka yang empunya. Maka perlulah haiwan-haiwan itu mentadbir kandang itu sendiri. 

Apa yang pasti; apa yang mereka kerjakan itulah apa yang akan mereka makan. Mereka tidak perlu berkongsi hasil kepada manusia. Tiada lagi kekejaman menyembelih anak-anak mereka setelah genap usia. Tiada lagi telur-telur ayam dijual.Namun, dengan pemerintahan baru tersebut; dengan adanya beberapa golongan yang pandai mentadbir dan berfikir memerah otak sehari-harian untuk membangunkan kandang mereka, dengan memupuk sikap celik huruf dan pandai membaca; bermulalah huru-hara politik kandang!

Sekian harap baca
.eMii_xxx