Pages

Saturday, 27 May 2017

History of God



History of God
Karen Armstrong
460 pages

Buku ni aku habis baca 31 January 2017. Tapi aku beli sekitar March 2016. Haha, just a useless info.

Maka, memang struggle sangat nak habiskan buku ni dalam Januari 2017. Sebabnya aku join group Galeri Pakdo dan rasa bersemangat nak bersaing jumlah page bacaan yang banyak. Walaupun akhirnya aku dapat sekitar 1524 page sahaja tak silap aku, tapi aku gembira sebab aku dapat habiskan 7 buah buku pada Januari. Dan Februari ni tak start lagi, dan aku perlu habiskan 7 buah buku juga dan semuanya tebal-tebal. Hahahahha.

So, this book is written by Karen Armstrong. I might not know her very well, but as far as I read this book and read a few summary of the other of her books- it sound promising and I might buy them.

This “The History of God” book tells about the history of human perception towards God. It developed through time as how human decipher God. And along the journey, the human also find out a few different reasons to worship God.

Human might at first wants God, and worship him as He gave much of the help to humanity. They ask for fertility of the lands – and it was happened. And the God satisfy human wants and wills.

Sehingga pada satu tahap, lama-lama apabila manusia dah ada teknologi, yaaa. Mereka boleh berdikari dan tak perlukan tuhan. Mereka rasa mereka tak ada sebab untuk worship tuhan.

Tapi buku ni ada juga explain Tuhan pada zaman Greek, dan kemudian bagaimana ia pada zaman Abraham, Moses, Jacob dan kemudian Jesus dan Nabi Muhammad. Dan bagaimana masing-masing mengaku mereka sembah “One God” yang telah menciptakan manusia.

Juga tentang god yang dah dipinggirkan, dan kemudian manusia mencarinya. Manusia menyerunya, tapi dia tetap tak muncul. Dan manusia mengukir patung – untuk menjadi perantaraan antara mereka. Mereka ingin nampak Tuhan – mereka ingin sesuatu yang fizikal.

Pada pendapat Buddha pula (jap, Buddha ke)…. Manusia semuanya menyembah tuhan yang sama – cumanya cara mereka approach adalah berbeza-beza. (Hehe. Ni aku tak setuju. This was like pluralism – and of course kalau semua agama sembah Tuhan yang sama, why konsep God nya lain. Dan bilangan tuhan juga lain. Kita tahu trinity tak sama dengan Allah yang AHAD. Juga tak sama dengan konsep semua benda adalah Brahman, demi mencapai atman?).

Kemudian buku ni ada jelaskan bagaimana idea tentang Tuhan itu berubah pada zaman Jesus dan selepas kematiannya – bagaimana konsep trinity itu wujud dan ada yang menyangkalnya- dan menghasilkan mazhab katholic dan protestan dan sebagainya. Sebab buku ni aku dah simpan, so masa aku type ni aku tak dapat nak rujuk balik untuk info yang lebih detail. Dan Armstrong sendiri ada menyatakan tentang bagaimana Jesus yang prophet ni boleh diiktiraf sebagai Tuhan sedangkan dia sendiri tidak pernah menyatakannya sepanjang kehidupannya. Dan aku mendoakan Armstrong yang merupakan penuntut Kristian – atau mungkin bekas? – akan menemui kebenaran.

Then ia juga mencceritakan tentang Tuhan orang Jew- YHWH iaitu Tuhan yang tidak bernama. Sepertimana orang Islam dilarang meng-imej-kan fizikal Allah, mereka pula dilarang memberikan nama kepada Tuhan mereka. Dan YHWH yang merupakan huruf Hebrew yang tak dapat diterjemah kepada Roman pula kemudian dibaca sebagai Yehweh (pronounce: Yahoo). Hoho. Dan kemudian konsep terhadap tuhan berubah – dan akhirnya ada lah mazhab sesat iaitu Kabbalah. Dan juga penduduk yang menunggu kedatangan Zion pula digelar –Zionist.

Banyak lagi isi menarik seperti jika Hindu ada sacred language iaitu sanskrit, Islam bahasanya Arabic, dan Kitab Talmud pula berbahasa Hebrew- namun kitab Bible tidak ada sacred language , atau bahasa suci yang menyebabkan kitab itu menjadi bernilai dengan bahasanya sendiri.

Jika anda rasa review ini menarik, anda digalakkan membaca buku ini. Tetapi saya sendiri ada part yang saya baca sambil lewa misalnya tentang agama Yahudi sebab terlampau mengarut lagi-lagi berkenaan konsep Kabbalah tu. Shekinah dan sebagainya.

Aha. Tapi chapter tentang Islam saya sukakannya – kerana saya dapat beberapa input menarik dan juga lebih teratur history tentang Islam. Kaitan berlakunya kejatuhan Caliphate dan kemudian wujud Syii/Syiite, Muktazilah, Qadariah, Sufism dan juga Sikhism. Fufu~

Buku setebal 460 muka surat  dengan banyak Istilah dan perkataan grandiloquent adalah mencabar pembaca biasa-biasa seperti saya.

Hehe.
Miina

070217 1235PM

No comments: